Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shahrir sahkan akaun peribadi, Umno Johor Bahru dibekukan

Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengesahkan akaun peribadi miliknya dan Umno bahagian Johor Bahru telah dibekukan oleh Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, pembekuan kedua-dua akaun berkenaan susulan dakwaan menerima wang berjumlah RM1 juta daripada 1MDB pada November 2013.

“Ya, akaun peribadi dan Umno Johor Bahru telah dibekukan.

“Wang ini telah digunakan sebelum pilihan raya lalu,” katanya kepada pemberita di Putrajaya selepas hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Sebelum itu, wartawan yang menunggu ketibaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pagi ini dikejutkan dengan kemunculan bekas pengerusi Felda itu.

Berkemeja putih, Shahrir tiba lebih awal daripada Zahid, iaitu kira-kira pukul 9.40 pagi.

Bercakap kepada pemberita, bekas anggota parlimen Johor Bahru itu berkata beliau hadir untuk memberi keterangan berhubung "penerimaan wang" tetapi tidak memberi penjelasan lanjut.

"Saya di sini untuk beri pengakuan tentang terima wang," katanya ringkas.

Shahrir dipercayai meletakkan kereta di luar perkarangan ibu pejabat SPRM dan berjalan seorang diri ke bangunan itu.

Sebeklum ini, Ahmad Zahid mendedahkan bahawa SPRM telah membekukan akaun Umno pusat dan Umno Selangor.

[Baca berita lanjut]

Lihat Komen
ADS