Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Hartawan kontroversi Jho Low harus pulang ke Malaysia untuk membantu siasatan pasukan petugas khas 1MDB, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

“Dia dialu-alukan.

“Baliklah ke Malaysia,” kata Shukri dalam sidang media di Petaling Jaya selepas melancarkan buku tulisan ketua Transparency-International Malaysia Akbar Satar.

Shukri, yang juga anggota pasukan petugas khas 1MDB, juga menafikan pihak berkuasa negara ini merancang bertemu Jho Low di Dubai.

“Dia rakyat Malaysia,” kata Shukri ketika ditanya perkara itu.

Memetik sumber kerajaan, sebuah portal bulan lalu mendakwa peguam Low berusaha untuk mengadakan perbincangan antara anak guamnya dengan pihak berkuasa Malaysia yang menyiasat skandal 1MDB.

Laporan itu mendakwa Jho Low memilih Dubai kerana dia rapat dengan pihak berkepentingan yang berpengaruh di sana.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS