Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib kata perbicaraan peluang terbaik bersih namanya

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak percaya perbicaraannya akan memberikan beliau peluang terbaik untuk membersihkan namanya.

"Saya yakin atas ketidaksalahan saya.

"Ini adalah peluang terbaik untuk saya bersihkan nama saya secara tuntas setelah ditohmah dan dituduh dengan begitu berat sekali," katanya kepada pemberita selepas keluar dari kamar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Najib memohon untuk dibicarakan terhadap empat pertuduhan. Beliau telah kembali ke kediamannya di Jalan Langgak Duta selepas membayar wang ikat jamin sebanyak RM1 juta.

Terdapat tiga pertuduhan mengenai jenayah pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa yang berkaitan dengan kes SRC International.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS