Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zahid: Parti restu 3 ADUN BN sokong pelantikan speaker Kedah

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tiga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di Kedah yang menyokong pelantikan speaker negeri itu direstui parti.

​Menurutnya, tindakan ketiga-tiga ADUN berkenaan dibuat selepas mendapat persetujuan daripada Badan Perhubungan Umno negeri Kedah.

"Saya amat hormati ketiga-tiga ADUN berkenaan. Mereka mengambil keputusan berkenaan setelah Badan Perhubungan Umno negeri Kedah merestuinya dan tentunya keputusan itu keputusan yang dibuat parti," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang tadi. ​

​Hari ini, Datuk Ahmad Kassim dilantik menjadi Speaker DUN Kedah selepas berlaku kemelut pelantikan jawatan berkenaan di negeri itu. ​

​Beliau dilantik ​selepas mendapat 21 undian, termasuk tiga daripada ADUN BN.​

Bagaimanapun, tindakan tiga ADUN itu menimbulkan rasa kecewa Pemuda Umno Kedah yang menganggap ia tindakan tidak wajar. ​

Utusan Malaysia pula melaporkan, salah seorang ADUN tersebut, Datuk Suraya Yaacob memberitahu, tindakan mereka menyokong pelantikan speaker berkenaan bukan tindakan khianat sebaliknya sekadar melaksanakan kewajipan bagi menterjemahkan kematangan politik BN. ​

Lihat Komen
ADS