Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'3 ADUN BN Kedah sokong speaker HARAPAN tak wajar'

Pemuda UMNO Kedah kecewa dengan tindakan tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang menyokong pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah daripada Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini.

Ketua Pemudanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tindakan tiga ADUN berkenaan adalah tidak wajar dan dianggap tidak menitikberatkan sentimen Umno sekali gus boleh menghancurkan hati anggota dan pejuang parti tersebut.

“Tindakan ADUN BN yang bertindak menyokong kerajaan HARAPAN di dalam sidang DUN hari ini adalah tidak wajar dan tidak sensitif terhadap anggota Umno itu sendiri.

“Pemuda Umno amat memahami akan akibat apabila sidang DUN gagal melantik Speaker, namun tindakan ketiga-tiga ADUN ini yang bertindak menyokong dan bukannya berkecuali menimbulkan tanda tanya yang cukup besar," katanya menerusi kenyataan di Alor Setar hari ini.

Pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama sidang DUN Kedah hari ini, Datuk Ahmad Kasim dilantik menjadi Speaker DUN apabila memperoleh 21 undi menewaskan Pesuruhjaya PAS negeri Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi yang memperoleh 15 undi.

Tiga ADUN BN iaitu Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak), Datuk Norsabrina Mohd Noor (Bandar Baharu) dan Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang) menyatakan bahawa mereka memberi undi kepada calon HARAPAN demi kepentingan rakyat di negeri ini dan mengelak daripada berlakunya pilihan raya negeri (PRN).

HARAPAN mempunyai 18 kerusi manakala PAS 15 dan BN tiga.

Lihat Komen
ADS