Jempol, K Pilah, Jelebu dan PD alami gangguan bekalan air
Published: Jul 6, 2018 11:08 AM | Updated: Jul 6, 2018 11:12 AM
Beberapa kawasan di Jempol, Kuala Pilah, Jelebu dan Port Dickson akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 10 Julai ini berikutan kerja-kerja pemasangan meter dan penyelenggaraan di loji rawatan air.
Ketua Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Norzita Ismail berkata gangguan bekalan air itu dijanga berlangsung selama 24 jam mulai 8 pagi.
"Kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan SAINS untuk menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan," katanya dalam kenyataan di Seremban hari ini.
Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan sebarang bantuan lanjut.
- Bernama
View Comments0


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.