Husam: Umno tidak tentu boleh menang semula di K'tan
PAS menyambut baik kesediaan 21 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Kelantan untuk meletak jawatan, tetapi menegaskan majoriti kerusi tersebut dimenangi Umno dengan majoriti di bawah 100 undi.
PAS menyambut baik kesediaan 21 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Kelantan untuk meletak jawatan, tetapi menegaskan majoriti kerusi tersebut dimenangi Umno dengan majoriti di bawah 100 undi.
"Jadi kerusi yang menang bawah 100 undi ini, kalau ada pilihanraya semula, kami ingat tak tentu lagi mereka boleh menang semula," kata Naib Presiden PAS, Husam Musa.
Sebelum itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Annuar Musa berkata kesemua 21 wakil rakyat BN bersetuju untuk meletak jawatan 1 Disember ini dengan syarat langkah itu turut diambil wakil rakyat PAS.
Sehubungan itu, Husam yang juga Exco Negeri Kelantan berkata, kenyataan Annuar merupakan satu cara menutup isu pembubaran dewan yang dimainkan BN sebelum ini.
"Saya kira Umno dah cari jalan keluar secara terhormat untuk tutup cabaran supaya DUN Kelantan dibubarkan. Dengan meletak syarat (wakil rakyat PAS juga letak jawatan)... kami faham Umno sudah rasa takut untuk membuktikan mereka mendapat sokongan yang bertambah," katanya.
Majoriti rendah
Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di Kota Bharu semalam, Husam berkata, PAS menyambut baik kesediaan wakil BN itu untuk meletak jawatan sambil menyifatkan ia perkara yang memang sepatutnya dilakukan.
Menurut laporan Bernama, beliau berkata, , BN perlu membuktikan mereka menang semula pada pilihanraya yang akan diadakan di kawasan berkenaan dengan majoriti yang lebih banyak berbanding pada pilihanraya umum 2004.
"Sekiranya BN dapat membuktikan mereka mendapat sokongan lebih kuat daripada rakyat, dapat majoriti lebih banyak, kami (PAS) akan letak jawatan dan bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebagaimana yang mereka mahukan," katanya.
Beliau berkata, walaupun mungkin berlaku ketidakstabilan dalam pimpinan kerajaan Kelantan berikutan majoriti yang terlalu tipis sekiranya Umno dapat menawan kerusi Pengkalan Pasir 6 Disember ini, tetapi banyak lagi cara lain yang boleh digunakan untuk menstabilkannya selain daripada mengadakan pilihanraya semula.
Pilihanraya kecil Pengkalan Pasir diadakan berikutan kematian wakil rakyat DUN itu dari PAS, Wan Abdul Aziz Wan Jaafar, 55, akibat penyakit kanser hati.
Kedudukan Dewan Negeri Kelantan berikutan kematian wakil rakyat itu ialah 23 kerusi bagi PAS dan 21 bagi BN.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.