Para menteri negara anggota Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) akan bertemu hari ini untuk membincangkan cadangan penubuhan agensi berita bagi menangani masalah laporan media Barat yang disifatkan oleh para pegawai sebagai 'berat sebelah dan diputarbelitkan".

Cadangan penubuhan Rangkaian Berita Nam (NNN) yang akan dikendalikan oleh agensi berita rasmi Malaysia Bernama akan menjadi tajuk utama agenda mesyuarat dua hari para menteri penerangan NAM di Kuala Lumpur itu.

Menurut draf dokumen perbincangan tersebut, NNN dijangka beroperasi pada 2007 sebagai agensi berita melalui Internet, dengan sumbangan bahan daripada agensi berita dan akhbar terpilih di negara anggota NAM.

"Sementara negara-negara maju tidak selesa dengan penguasaan media Barat sebelum ini, NNN akan menjadi saluran untuk kita mengumpulkan kekuatan dan menyampaikan perspektif kita kepada dunia.

"Agensi berita di negara-negara membangun tidak akan mampu bersaing dengan pihak Barat, apatah lagi menangani sendiri laporan negatif mengenai negara mereka," tambah draf tersebut.

The NNN akan membantu menangai masalah "penyebaran maklumat yang berat sebelah dan diputarbelit oleh media Barat mengenai apa yang berlaku di negara-negara membangun", kata dokumen tersebut yang diedarkan oleh pihak media.

Dibiayai Malaysia

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Siti Balkish Mohamed Shariff menekankan komitmen Malaysia terhadap penubuhan agensi tersebut, dengan berkata: "Kita bersedia untuk mengendalikannya, membiayainya dan memastikan ianya kekal beroperasi".

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan merasmikan persidangan tersebut hari ini yang dihadiri oleh para perwakilan dari 80 negara anggota NAM, termasuk Afghanistan, Indonesia, Burma, North Korea dan Zimbabwe.

Kawalan keselamatan juga diperkatakan dengan lebih 250 anggota polis ditugaskan mengawal tempat persidangan tersebut.

Malaysia kini merupakan pengerusi NAM yang dianggotai oleh lebih 100 negara anggota membangun. Ia ditubuhkan ketika era Perang Dingin sebagai badan altelrnatif kepada blok kuasa Timur dan Barat.

Sejak kebelakangan ini, badan tersebut telah mengalih tumpuannya kepada isu-isu sosial untuk terus kekal relevan dalam dunia moden hari ini.