Aziz: MAS mesti bersedia kurangkan perbelanjaannya
Terjemahan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mesti bersedia untuk mengurangkan kos sebagai cara untuk menangani masalah kewangan yang dihadapinya sekarang, kata bekas Pengarah Urusannya, Tan Sri Abdul Aziz Rahman.
Terjemahan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mesti bersedia untuk mengurangkan kos sebagai cara untuk menangani masalah kewangan yang dihadapinya sekarang, kata bekas Pengarah Urusannya, Tan Sri Abdul Aziz Rahman.
Menurutnya, syarikat penerbangan itu tidak sepatutnya terlalu banyak berbelanja, terutama dalam pembinaan imejnya, kerana ia sudahpun dikenali dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
"Lakukan penelitian dan berusaha kurangkan perbelanjaan," katanya sepertimana yang dilaporkan oleh agensi berita Bernama semalam.
Abdul Aziz turut menyarankan beberapa bidang perbelanjaan yang boleh dikajisemula, termasuk bidang penyajian makanan dan tempahan enam pesawat baru superjumbo six Airbus A380.
"Kesilapan terbesar yang dilakukan oleh kerajaan ialah menjual 70 peratus hak penyajian makanan kepada pihak ketiga. Jika kita lakukan sendiri, kita boleh mengawal harga dan jumlah makanan yang diperlukan," katanya, sambil menambah tempahan makanan mesti berasaskan kepada jumlah penumpang dan bukannya kapasiti pesawat.
Mengenai pembelian pesawat A380, Abdul Aziz mengingatkan syarikat tersebut akan mengalami kerugian jika langkah yang diambil tidak dapat menjanjikan pulangan.
Katanya, syarikat penerbangan itu perlu menangguhkan dulu rancangannya untuk merombak rekabentuk dalaman pesawat, yang dianggarkan menelan belanja beratus juta ringgit.
Penerbangan Malaysia dijadual menerima dua pesawat A380 pertamanya pada bulan Julai dan September 2007. A380 merupakan pesawat komersil terbesar di dunia.
Persaingan sengit
Abdul Aziz, yang berkhidmat lebih 20 tahun dengan syarikat penerbangan tersebut, berpendapat, rekod kewangan yang lemah, bukan merupakan masalah utamanya.
"Ini bukanlah satu masalah besar. Ia masih boleh dibaiki. Tetapi, apa yang penting ialah supaya bersikap lebih berhemah dan mesti ada kesungguhan untuk bekerja kuat.
"Ketika ini, persaingan amat sengit, bukan sahaja dari syarikat penerbangan tambang murah, tetapi juga syarikat penerbanganyang lain. Kita mesti bersaing untuk menarik penumpang," katanya.
Laporan sebelum ini menyebut, Penerbangan Malaysia merancang memotong gaji pegawai kanannya mulai bulan depan sebagai sebahagian langkah mengurangkan perbelanjaan berikutan kerugian yang dialaminya.
Syarikat tersebut mengumumkan kerugian RM280.66 juta bagi tempoh tiga bulan sehingga Jun lalu, selepas mencatatkan keuntungan RM26.58 juta setahun sebelumnya.
Ia juga mengumumkan rancangan lima tahunnya untuk meningkatkan keuntungan syarikat itu sehingga mencecah RM1 bilion, termasuk melakukan rombakan pengurusannya. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.