Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Boris Johnson letak jawatan kabinet Theresa May
Diterbitkan:  Jul 9, 2018 11:14 PM
Dikemaskini: 3:15 PM

GLOBAL | Boris Johnson meletak jawatan Setiausaha Luar United Kingdom (UK) di tengah-tengah krisis mengenai strategi Brexit untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU), lapor BBC.

Beliau merupakan menteri kanan kedua yang meletakkan jawatan hanya beberapa jam selepas Setiausaha Brexit, David Davis berhenti.

Dalam suatu kenyataan, Perdana Menteri UK, Theresa May mengucapkan terima kasih kepada Johnson atak kerja-kerjanya dan penggantian akan dibuat dalam asa terdekat.

UK dijadualkan meninggalkan EU pada 29 Mac 2019, tetapi kedua-dua pihak masih belum mencapai persetujuan mengenai perdagangan di antara UK dan EU selepas Brexit.

Parti Buruh UK berkata perletakan jawatan Johnson menjadikan Theresa May kehilangan autoriti sebagai perdana menteri.

"Ini kekacauan. Perdana menteri tidak dapat menyelesaikan Brexit dan tidak punya autoriti lagi," kata timbalan pengerusi Parti Buruh Tom Watson, petik BBC.

Johnson menduduki menteri kanan itu semenjak Jun 2016.

Lihat Komen
ADS