Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Mahathir: Kita tak akan tunduk kepada desakan usir Zakir
Diterbitkan:  Jul 10, 2018 2:09 PM
Dikemaskini: 6:13 AM

Kerajaan tidak perlu mudah tunduk kepada desakan berhubung isu pendakwah bebas Dr Zakir Naik kerana perlu mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk undang-undang, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas desakan sesetengah pihak supaya Zakir dihantar pulang ke negara asalnya India, Dr Mahathir berkata : "Kita tidak selalunya terpaksa ikut kehendak orang lain, kita kena tentukan sebab-sebab kita respon kepada mana-mana desakan sama ada dia (Zakir) mengikut undang-undang ataupun tidak. Kalau tidak, ada orang akan jadi mangsa."

Dalam sidang media selepas menyampaikan perutusan pada taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir ditanya mengenai cadangan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy supaya Zakir dihantar pulang ke India supaya hubungan Malaysia dengan negara itu tidak terjejas.

Sebelum ini beberapa portal berita melaporkan Zakir akan dihantar pulang ke India.

Zakir yang didakwa terbabit dengan serangan pengganas di Dhaka serta pengubahan wang haram meninggalkan India pada 2016.

Kerajaan India telah membatalkan pasport Zakir setelah beliau banyak kali mengabaikan permintaan agar hadir di Badan Penyiasat Kebangsaan India bagi membantu siasatan.

- Bernama

 

Lihat Komen
ADS