Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Tommy Thomas bukan ahli parti macam Apandi'
Diterbitkan:  Jul 10, 2018 6:38 PM
Dikemaskini: 10:44 AM

AG Tommy Thomas bukanlah anggota mana-mana parti politik berbanding bekas peguam negara Tan Sri Apandi Ali yang diketahui umum menjadi ahli Umno, kata Anggota Parlimen DAP dari Jelutong, RSN Rayer.

Justeru, menurut Rayer tidak ada sebarang konflik kepentingan bagi Tommy Thomas mengetuai pendakwaan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

"...Thomas bukan ahli mana-mana parti politik dalam gabungan Pakatan Harapan tidak seperti bekas peguam negara Tan Sri Apandi Ali yang mana keanggotaannya dalam Umno telah menjadi rahsia umum.

"Thomas bukan anggota DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU, Parti Amanah Negara (AMANAH) atau Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya.

Rabu lalu, Najib didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanak dan satu tuduhan menyalahgunakan kuasa, berhubung RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun bank beliau daripada SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Langgar janji manifesto HARAPAN?

Rayer merujuk laporan portal FMT memetik peguam N Sivanathan dilaporkan menasihati Thomas untuk tidak terlibat dalam pasukan pendakwaan kerajaan terhadap Najib.

Sivanathan berkata pelantikan Thomas mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes berprofil tinggi itu melanggar janji manifesto HARAPAN.

"Selaku peguam kami dilatih untuk bertindak secara profesional tanpa pilih kasih dan tiada peruntukan dalam Peraturan (Amalan dan Etika) Profesion Guaman 1978 yang menghalang Thomas daripada terus mengetuai pasukan pendakwaan," kata Rayer yang juga seorang peguam dalam suatu kenyataan hari ini.

Rayer berkata sebagai peguam kadangkala seseorang itu akan ditanyakan pendapatnya mengenai skandal 1MDB dan hal itu tidak boleh digunakan untuk mengeluarkan beliau (Thomas) daripada bertindak sebagai Peguam Negara," kata Rayer.

'Tommy tak suka Najib'

Najib telah memfailkan saman bagi membatalkan Thomas daripada kes pendakwaan bekas perdana menteri itu.

Beliau memetik artikel yang ditulis Tommy, terbit di Malaysiakini dua tahun lalu.

Najib menggunakan artikel itu sebagai hujah beliau berfikir Thomas bertindak 'prejudis' dalam mengetuai pendakwaan rasuah terhadapnya.

Menurut Najib, Thomas dikatakan merumuskan dalam artikel yang berjudul "Grand Larceny in 1MDB" bahawa wang telah masuk ke akaunnya.

"Pendirian Thomas jelas tidak menyukai saya dalam artikel itu dan melahirkan kebimbangan kepada saya Thomas tetap akan mencari jalan mengenakan satu pertuduhan ke atas saya dengan apa alasan sekalipun," kata Najib dalam samannya terhadap Thomas.

Lihat Komen
ADS