Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan semalam semua wakil rakyat Pakatan Harapan perlu mengisytiharkan harta mereka kepada SPRM.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata pengisytiharan aset wakil rakyat mungkin melibatkan anggota keluarga, seterusnya menjejaskan maklumat peribadi mereka jika ia dibentang kepada umum.

"Ini melibatkan ramai orang, termasuk anggota keluarga. Kami sedang menimbang sebanyak mana yang boleh didedahkan kepada umum," katanya.

Menurut Mahathir, memandangkan pengisytiharan tersebut turut melibatkan ahli keluarga para wakil rakyat, privasi mereka akan dikompromi.

"Ini mungkin menjejaskan privacy ramai orang termasuk anggota keluarga," katanya dalam sidang media di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Nazri kata jadi sasaran perompak

Imbas kembali, pada 2012, bekas menteri Umno, Tan Sri Nazri Aziz menjelaskan hal yang sama, berkata menteri dan keluarga mereka akan menjadi sasaran perompak jika harta mereka diketahui orang ramai.

Ini mendorong pembaca Malaysiakini untuk menegur Nazri, mengatakan para menteri berisiko dipenjaran jika maklumat tersebut didedahkan.

Pada masa itu, ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyatakan kekecewaan terhadap SPRM kerana tidak menyokong pengisytiharan aset awam untuk menteri.

"Saya faham ada risiko keselamatan jika anggota keluarga pemegang jawatan mengisytiharkan aset mereka kepada orang ramai, tetapi sekurang-kurangnya para pemegang jawatan itu sendiri harus berbuat demikian," katanya.

'Pengistiharan harta selepas tawan Putrajaya'

Kemudian pada Mac 2018, ketika NGO Invoke mengundang para penggubal undang-undang HARAPAN mengisytiharkan aset mereka, Anggota Parlimen DAP, Tony Pua berkata wakil rakyat parti itu akan berbuat demikian sebaik merek amenjadi menteri atau exco kerajaan negeri.

"Itu pendirian DAP," kata Pua.

Pada 2004, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menyambut cabaran timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap DAP supaya pemimpin pembangkang mengisytiharkan aset mereka kepada orang ramai.

"Saya menerima cabaran Zahid supaya para pemimpin DAP secara terbuka mengisytiharkan aset kami - dengan syarat dalam tempoh dua minggu dari pengisytiharan aset awam, semua menteri kabinet, timbalan menteri, setiausaha parlimen, menteri besar, ketua menteri, ahli parlimen dan wakil rakyat menyatakan secara terbuka aset mereka serta keluarga terdekat mereka akan tertakluk kepada pengawasan dan akauntabiliti awam, "katanya.

Setahun sebelum itu, Lim menyarankan naib presiden Umno dan menteri dalam negeri semasa itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengemukakan cadangan pindaan undang-undang pilihan raya agar menghendaki semua calon, sama ada daripada parti pemerintah atau parti pembangkang, mengisytiharkan aset mereka secara terbuka.

"Bukanlah dengan mencadangkan pengisytiharan aset oleh calon menjadi urusan dalaman Umno, beliau (Muhyiddin) sepatutnya mengetuai kempen untuk menukar undang-undang pilihan raya di parlimen pada September ini supaya semua calon dikehendaki mengisytiharkan secara terbuka aset mereka dalam era baru politik yang bersih, jujur dan tidak kotor," katanya.

Pada tahun 2013, Karpal Singh, ketika itu pengerusi DAP berkata semua wakil rakyat PKR dan PAS perlu mengisytiharkan aset mereka kepada orang ramai.

Karpal berkata beliau akan menggesa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengarahkan wakil rakyat parti mereka agar mengisytiharkan asetnya.

Anwar suarakan kembali tuntutan

PAS pada waktu itu masih anggota Pakatan Rakyat, gabungan terdahulu sebelum Pakatan Harapan (HARAPAN).

Selepas serbuan polis di kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak merampas sejumlah besar barangan kemas dan wang tunai pada bulan lalu, Anwar menggesa semua jemaah menteri HARAPAN mengisytiharkan harta mereka.

Jauh sebelum itu, pada 1999, ketika Anwar dan Mahathir baru 'bersengketa', perdana menteri ketika itu mendakwa beliau mempunyai bukti pembelian hartanah dan kontrak besar yang didapatkan kroni Anwar.

Hanya selepas kejatuhan awal mereka, kata Mahathir pada tahun 1999 bahawa beliau mempunyai bukti pengambilalihan hartanah dan kontrak besar yang dijamin oleh kroni Anwar.

Mahathir waktu itu berkata mendapat tahu mengenai perkara itu berdasarkan kepada borang perisytiharan aset dan senarai kontraktor yang diberikan projek besar.

Beliau juga semasa itu mendakwa seorang kroni Anwar memiliki RM230 juta dalam bentuk wang tunai.

Sebaliknya pengkritik Anwar dan Mahathir sentiasa menuduh Perdana Menteri hari ini memperkayakan anak-anaknya menggunakan kedudukan dan kontrak kerajaannya.

Malahan menjelang pilihan raya umum 9 Mei, terdapat desakan kepada SPRM untuk menyiasat Mahathir dan aset anak-anaknya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS