Anthony Loke jadi ketua Parlimen DAP
Diterbitkan: Jul 12, 2018 7:23 AM | Dikemas kini: Jul 12, 2018 7:27 AM
Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke telah dilantik sebagai ketua parlimen DAP dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang.
Ini diumumkan oleh veteran parti, Lim Kit Siang hari ini, yang sebelum ini memegang jawatan itu.
"Jawatankuasa eksekutif pusat DAP telah memutuskan bahawa ketua Parlimen di Parlimen ke-14 ialah setiausaha penganjur kebangsaan Anthony Loke," kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri dalam satu kenyataan hari ini.
Loke, menteri pengangkutan, dilihat sebagai calon berpotensi untuk jawatan setiausaha agung parti.
Dewan Rakyat bersidang Isnin depan, 16 Julai.

