Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Gopal Sri Ram jelaskan mengapa Malanjum berhak jadi CJ
Diterbitkan:  Jul 12, 2018 3:39 PM
Dikemaskini: 7:42 AM

Bekas hakim mahkamah persekutuan, Datuk Gopal Sri Ram berkata ketua hakim negara yang baru dilantik, Tan Sri Richard Malanjum berhak menduduki jawatan tertinggi dalam badan kehakiman negara.

Sri Ram, dalam satu kenyataan, memberi tiga sebab mengapa Malanjum berhak menjadi ketua hakim.

Pertama, beliau berkata Malanjum adalah hakim yang paling kanan daripada semua hakim-hakim di mahkamah persekutuan.

"Kedua, beliau seorang ahli perundangan, seperti Tun Ariffin Zakaria bekas CJ. Bagi Richard, undang-undang mengatasi segala-galanya.

"Ketiga, beliau seorang pentadbir yang cekap, saya masih ingat apabila kali pertama dilantik sebagai hakim di mahkamah tinggi Kuching, terdapat lambakan kes yang panjang,” katanya.

Menurut Sri Ram, Malanjum tanpa membuang masa terus ke bilik selamat di mana fail lama disimpan dan membawanya keluar serta menetapkan tarikh perbicaraan. Dalam masa sebulan, semua kes tertunggak berjaya diselesaikannya.

Malanjum mengangkat sumpah sebagai ketua hakim negara yang baru di hadapan Yang
di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Sri Ram juga berkata pelantikan Malanjum mengesahkan Malaysia sebagai sebuah negara.

"Ia menandakan bahawa hanya terdapat satu Malaysia, tidak ada Malaysia Timur dan Malaysia Barat,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS