Banjir mula melanda Pahang, 49 dipindahkan semalam
Banjir mula melanda Pahang apabila sejumlah 49 orang daripada lapan keluarga, telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semalam selepas kawasan kediaman mereka dinaiki air.
Banjir mula melanda Pahang apabila sejumlah 49 orang daripada lapan keluarga, telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semalam selepas kawasan kediaman mereka dinaiki air.
Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Kamaruddin Kutik berkata, bilik gerakan banjir negeri mula dibuka untuk membantu mangsa banjir.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Kamaruddin Kutik berkata, semua mangsa mula dipindahkan sejak petang semalam, dengan pemindahan terakhir pada jam 9 malam tadi dan mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Cenderawasih di Kuantan.
"Sehingga jam 10 pagi ini, kawasan yang terjejas disebabkan banjir ialah di Bukit Setongkol, Kampung Segantang Lada dan Kampung Paya Tinggi Cenderawasih," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurut laporan Bernama, beliau berkata kesemua lapan keluarga yang dipindahkan itu dipercayai tinggal berhampiran sungai.
Katanya bilik gerakan banjir negeri boleh dihubungi menerusi talian 09-5147495/ 5135901.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.