Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Sistem LRT pertama untuk koridor barat Greater Kuala Lumpur / Lembah Klang akan melihat pembinaan enam stesen dibatalkan sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan kos projek berkenaan yang semakin melambung.

Malaysiakini dalam laporan ini memaparkan stesen-stesen yang dibatalkan dan juga stesen alternatif yang terdekat bagi mereka yang tinggal di kawasan yang terjejas.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, hari ini, berkata langkah mengurangkan kos akan menyaksikan harga jajaran 37 kilometer Bandar Utama-Klang LRT3 turun dari M31.65 bilion kepada RM16.63 bilion.

Langkah-langkah lain termasuk mengurangkan jumlah tempahan daripada 42 set kereta api 6-koc kepada 22 set kereta api 3-koc dan mengurangkan saiz pembinaan pangkalan kereta api LRT berikutan bilangan kereta api LRT yang dikurangkan.

Selain itu, kerajaan juga akan melanjutkan garis masa untuk menyiapkan projek LRT3 dari tahun 2020 ke 2024 untuk mengurangkan lagi kos pembinaan yang asalnya dinaikkan untuk mempercepatkan tempoh siap projek tersebut.

Lim berkata 22 set kereta api 3-koc itu sudah memadai untuk menampung jumlah penumpang yang dijangkakan menggunakan perkhidmatan ini sehingga tahun 2035, sebelum sebarang penambahan jumlah set keretapi 3-koc dilaksanakan.

Senarai lengkap stesen, termasuk yang dibatalkan, adalah seperti berikut:

Lokasi stesen yang dibatalkan dan alternatif stesen berkenaan adalah seperti berikut:

Anak panah merah mewakili stesen yang dibatalkan manakala anak panah hitam menunjukkan alternatif yang terdekat. Klik pada mereka untuk maklumat lanjut.

Stesen Tropicana (Stesen Lian Hoe)

Stesen Temasya

Stesen Persiaran Hishamuddin

Stesen Seksyen 2 (Stesen Sirim)

Stesen Bukit Raja

Stesen Bandar Botanik

 

Lihat Komen
ADS