Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak akan mengintip rakyat Malaysia dalam operasi bersama pihak polis bagi mengawal kandungan tidak wajar atas talian.

“Jelas bahawa SKMM tidak akan melakukan satu pengintipan atau surveillance kepada semua pengguna Internet.

“Apa yang SKMM akan buat adalah setakat membantu sekiranya ada permintaan pihak berkuasa, polis atau sebagainya,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita dalam sidang media di Shah Alam hari ini.

Bukit Aman minggu ini dilapor menubuhkan Unit Siasatan Jenayah Internet Terhadap Kanak- Kanak (MICAC) dan membangunkan perisian untuk mengenal pasti identiti, lokasi dan menjejak laman lucah, terutamanya yang berkaitan dengan pornografi kanak-kanak.

Laporan itu menyebut polis akan bekerjasama rapat dengan SKMM bagi memantau perkara itu.

Sementara itu, Gobind menjelaskan SKMM tidak memantau laman web dan kandungan atas talian yang dilayari rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, suruhanjaya itu akan menyiasat dan mengumpul maklumat berkaitan perlanggaran Akta Suruhanjaya dan Multimedia 1998 dan undang-undang lain negara jika terdapat aduan.

Maklumat kemudian dikumpulkan akan diserahkan kepada pihak berkuasa atau Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Lihat Komen
ADS