Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Fadiah Nadwa Fikri, peguam dan aktivis hak asasi manusia dipanggil polis untuk memberikan keterangannya sekali lagi, sehari selepas disoal siasat berikutan hantaran kontroversi di blognya yang mempersoalkan monarki di Malaysia.

Fadiah berkata polis merekodkan kenyataannya pada Selasa mengenai perhimpunan solidariti bagi menunjukkan sokongan kepada beliau di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields semalam.

"Sebenarnya ini memang jelas... kononnya ada ruang demokratik... penipuan semata. Polis salah guna kuasa... satu intimidasi... jelas halang rakyat seperti saya untuk nyatakan pandangan untuk saya excercise my democratic right," beliau memberitahu Malaysiakini.

Fadiah disiasat di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (PAA), Fadiah berkata PAA perlu dikaji semula kerana pihak penganjur perlu menyediakan suatu notis 10 hari sebelum perhimpunan, yang disifatkan beliau sebagai tidak adil.

"Seksyen ini menghalang orang ramai daripada berhimpun secara aman. Jika terdapat kes yang perlukan kesegeraan, rakyat tidak boleh melaksanakan hak mereka untuk berkumpul secara aman," katanya.

Semalam, polis memanggil Fadiah untuk disiasat selepas beberapa laporan polis dibuat terhadap beliau berikutan mempersoalkan institusi beraja di dalam blognya bernama Malaysia Muda.

Lihat Komen
ADS