Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Muhyiddin cuti sakit, Dr M ambil alih tugas di KDN
Diterbitkan:  Jul 12, 2018 6:59 PM
Dikemaskini: 2:43 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih tugas menteri dalam negeri berkuat kuasa hari ini, ekoran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini bercuti sakit selepas pembedahan.

Perkara itu dinyatakan setiausaha akhbar menteri dalam negeri Hafiz Abdul Halim dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata Muhyiddin selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas.

"Pembedahan tersebut telah berjaya dan beliau kini dalam keadaan stabil. Beliau akan mengambil cuti bagi menjalani rawatan bermula hari ini dan dijangka kembali bertugas dalam tempoh sebulan.

"Sementara ketiadaan beliau, perdana menteri akan menjalankan tugas-tugas menteri dalam negeri," katanya lagi.

Manakala itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula melahirkan rasa syukur susulan Muhyiddin telah selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreasnya.

Dr Wan Azizah berkata beliau dimaklumkan bahawa Muhyiddin sekarang berada dalam keadaan stabil.

"Saya dan rakyat Malaysia seluruhnya mendoakan supaya Tan Sri Muhyiddin cepat pulih sepenuhnya dan kembali bertugas," kata beliau dipetik Bernama.

Lihat Komen
ADS