Tiga isteri Ayah Pin dibicarakan 11 April
Mahkamah Rendah Syariah Besut hari ini menetapkan 11 April tahun depan sebagai tarikh perbicaraan tiga isteri ketua ajaran sesat Arifin Mohammad, 65, atau Ayah Pin atas tuduhan mengingkari perintah pihak berkuasa supaya tidak terbabit dengan ajaran Ayah Pin yang terpesong daripada agama Islam.

Hakim Wan Abdul Malik Wan Sidek juga membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie Mustafar Hamzah untuk mengeluarkan sapina kepada semua saksi pendakwa yang akan dikemukakan pada perbicaraan itu.
Ketiga-tiga isteri Ayah Pin ialah isteri kedua Che Zaharah Awang, 45, isteri ketiga Ruzilan Mukhtar, 41, dan isteri keempat Nik Kamariah Nik Pa, 33.
Menurut laporan Bernama, mereka diwakili oleh peguam Wan Mohd Haidi Wan Jusoh.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 10, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana mengingkari arahan mufti yang mewartakan ajaran Ayah Pin sebagai sesat.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah turut membenarkan jaminan sebanyak RM1,500 terhadap kesemua tertuduh dilanjutkan.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.