Paling Popular
Terkini

Kerajaan India mengesahkan telah menghantar permohonan rasmi bagi mengekstradisi penceramah kontroversi Zakir Naik pada Januari tahun lalu.

Jurucakap Menteri Hal Ehwal Luar India Shri Raveesh Kumar mengesahkan perkara itu dengan Malaysiakini melalui e-mel hari ini.

"Pada Januari tahun ini, kami membuat permohonan rasmi untuk ekstradisi Zakir Naik yang merupakan warganegara India, yang kini tinggal di Malaysia dan dikehendakan atas kes jenayah di India.

"Permohonan ekstradisi kami sedang dalam pertimbangan pihak berkuasa Malaysia," katanya, merujuk kepada perjanjian ekstradisi antara kedua-dua negara yang ditandatangani pada 2010.

Raveesh menambah kerajaan India berhubung rapat dengan rakan sejawat mereka di Malaysia dalam mengikuti perkembangan Zakir yang kini mendapat status penduduk tetap di negara ini.

Kenyataan e-mel itu mengesahkan laporan yang mengatakan kerajaan India sudah memohon ekstradisi Zakir sebelum ini.

Bagaimanapun, menteri kabinet Gobind Singh Deo yang dihubungi semalam enggan mengesahkan adanya permohonan itu.

Seorang lagi menteri, M Kulasegaran pula berkata kerajaan akan bertanya kepada peguam negara sama ada terdapat permohonan rasmi daripada kerajaan India berhubung perkara itu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata Malaysia tidak akan "tunduk" kepada desakan untuk menghantar Zakir ke India memandangkan dia tidak mempunyak kes jenayah di negara ini.

Zakir berdepan dakwaan mahkamah di India atas kesalahan pengubahan wang haram, menyokong aktiviti keganasan dan mencetuskan ketegangan agama.

[Bace berita asal]

Lihat Komen
ADS