Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peguam dakwa pangima TLDM ingkar arahan menteri
Diterbitkan:  Jul 14, 2018 4:39 PM
Dikemaskini: 8:42 AM

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikecam kerana tidak melakukan siasatan baru terhadap kematian seorang anggota kadet pasukan itu selepas diarahkan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Peguam N Surendran berkata tindakan pegawai tertinggi TLDM itu hanya akan mencetuskan keraguan di kalangan orang ramai.

Katanya jaminan diberi oleh Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin kepada keluarga mangsa semalam bahawa siasatan sudah diselesaikan dan keputusan mengenainya sedang dinanti adalah "tidak boleh diterima".

Kata bekas anggota parlimen itu, siasatan yang dijalankan pihak berkuasa ke atas kematian J Soosaimanickam sebelum ini - yang terbunuh di pangkalan TLDM Lumut pada 19 Mei lalu - tidak menyeluruh.

"Arahan Mohamad dibuat sebagai reaksi kepada aduan keluarga mangsa terhadap cara kes itu dikendalikan.

"Sangat tidak wajar panglima TLDM hanya bergantung kepada siasatan sama sebelum ini sebagai reaksi beliau kepada arahan menteri.

"Dalam apa yang dianggap 'siasatan' yang dijalankan TLDM sebelum ini, keluarga Soosaimanickam tak dipanggil pun untuk memberi bukti atau memberi keterangan.

"TLDM juga sedar sepenuhnya bahawa keluarga mangsa mempunyai bukti penting berhubung kematian Soosaimanickam kerana ia sudah diserahkan kepada pegawai pasukan itu.

"Antara bukti yang dimiliki ialah mesej WhatsApp daripada Soosaimanickam kepada saudaranya mengenai dia didera.

"Ini bukti yang sangat penting, aduan langsung yang dibuat oleh mangsa sendiri.


Baca Keluarga Soosaimanicckam dimaklum tentang siasatan - Panglima TLDM


"Apa jenis siasatankah yang mengabaikan bukti sebegini," kata Surendran yang bertindak sebagai peguam keluarga Soosaimanickam dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas naib presiden PKR itu juga menyatakan, bukti lain yang ada pada waris Soosaimanickam tidak diendahkan oleh TLDM.

Justeru Surendran mempertikaikan sama ada siasatan yang dilakukan TLDM benar-benar mahu mencari punca kematian kadet terbabit.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS