Terjemahan Tiga orang responden telah digugurkan daripada saman sivil bernilai RM1.62 juta berhubung kematian seorang jurukimpal, Ragubathy Muniandy ketika dalam tahanan polis tiga tahun lalu.

Responden yang digugurkan daripada saman yang difailkan Julai lalu oleh isteri Ragubathy RS Kalavathi and his mother M Pushparani adalah peguam negara, ketua pengarah kesihatan dan majistret mahkamah Sepang.

Keputusan dalam kamar itu diumumkan semalam oleh Penolong Pendaftar Kanan Wan Titahani Wan Hamid. Keputusan itu juga bermakna bahagian relevan dalam saman tersebut terhadap tiga pihak terbabit, telah digugurkan.

Wan Titahani berkata baki responden Ketua Polis Negara (KPN); bekas Ketua Polis Sepang Mohd Shukri Dahalan, dan kerajaan diarah menjawab saman tersebut dalam tempoh dua minggu.

Kalavathi dan Pushparani mendakwa, pihak responden telah secara langsung atau tidak langsung gagal mematuhi Artikel 5 Perlembagaan Negara berhubung hak Ragubathy untuk hidup.

Bagaimanapun, permohonan yang difailkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Isnan Ishak pada 14 November lalu menyebut 'para plantif...tidak menunjukkan alasan yang munasabah untuk tindakan diambil terhadap (mereka)".

"Defenden pertama dan kedua (Peguam Negara dan majistret) dilindungi di bawah Perlembagaan Negara serta Akta Mahkamah Rendah 1948," kata permohonan tersebut.

Mengulas perkembangan terbaru itu, peguam Kalavathi dan Pushparani, P Uthayakumar berkata, pihaknya akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

"Pelanggan kami telah mengarahkan kami supaya mengemukakan rayuan demi kepentingan umum," katanya kepada malaysiakini hari ini.

'Tidak diberi rawatan'

Kalavathi dan Pushparani antara lain menuntut gantirugi istimewa, umum dan gantirugi teladan.

Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa defenden telah gagal mematuhi prosidur seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 20, 21 dan 24 Akta Polis 1967.

Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa Mohd Shukri, majistret dan KPN telah menangkap dan menahan Ragubathy , 22 secara salah dan tidak sah.

Dia ditahan bersama lapan orang lagi pada malam 18 Julai 2002 berkaitan kes rompakan bersenjata.

Plantif mendakwa, Ragubathy telah memaklumkan kepada pihak polis dan majistret mengenai keadaan sakit jantungnya yang kritikal dan memerlukan rawatan, tetapi ia tidak diendahkan.

Dia hanya diberi rawatan oleh seorang pembantu perubatan di sebuah klinik kerajaan pada 26 Julai, papan selepas dia ditangkap, dan dibawa ke Hospital Putrajaya pada hari berikutnya.

Pada 28 Julai, Ragubathy meninggal dunia dan menurut pakar patologi forensik ianya akibat kegagalan jantung. Berita asal