Shahrir: Parliamen patut mendahului pelaksanaan konsep integriti
Terjemahan Sebagai institusi yang mewakili suara rakyat, Parlimen patut mendahului langkah pelaksanaan konsep integriti, kata Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Datuk Shahrir Abdul Samad.
Terjemahan Sebagai institusi yang mewakili suara rakyat, Parlimen patut mendahului langkah pelaksanaan konsep integriti, kata Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Datuk Shahrir Abdul Samad.
Bagaimanapun, ini jelas tidak berlaku.
"Jika Parlimen dengan 200 ahli Parlimen dan 300 kakitangan pentadbiran tidak boleh melaksanakan konsep integriti, bagaimana kita hendak melaksanakannya di 18 universiti awam dengan ribuan pelajar?" soalnya.
Shahrir menegaskan demikian di sesi perbincangan anjuran Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya di kampus universiti tersebut semalam. Ia merupakan salah satu daripada sesi perbincangan mengenai universiti.
Shahrir berkata, Parlimen dan universiti terperangkap dalam birokrasi dalam melaksanakan konsep integriti.
"Parliament telah menjadi sebahagian daripada birokrasi dalam Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Pihak universiti juga berdepan dengan masalah yang sama," katanya.
Katanya, sesetengah pihak percaya mereka boleh menyediakan perkhidmatan atau syarahan yang baik di bawah sistem birokrasi, tetapi menegaskan, ini telah mengakibatkan pihak lain menjadi mangsa.
"Mungkin mereka fikir cara untuk mengawal pelajar di semua 18 universiti awam ialah dengan membirokrasikan institusi tersebut," katanya.
Menurutnya lagi, mereka mungkin merasakan, konsep integriti boleh dilaksanakan secara sistematik dengan meningkatkan prestasi pengurusan, tetapi sebaliknya, ia telah menjejaskan fungsi universiti dan Parlimen.
Shahrir juga menegaskan bahawa komitmen dan prestasi kakitangan atau pensyarah universiti kini dinilai melalui sistem birokrasi dan dibandingkan pula dengan standard dalam perkhidmatan awam.
Ini telah menimbulkan masalah dan pada masa yang sama, sesetengah kakitangannya memilih untuk membebaskan diri mereka daripada birokrasi ini, dengan memanfaatkan ruang politik, walhal ia bertentangan dengan konsep integriti.
Pemikiran Feudalistik
Seorang peserta telah membangkitkan isu pemikiran feudalistik dalam masyarakat, sambil berkata keadaan yang sama juga wujud dalam universiti.
"...terlalu banyak arahan dari atas dan mereka terikat dengannya," katanya.
Menurutnya, masalah tersebut menjadi semakin buruk sehingga ia menghalang pihak terbabit daripada meningkatkan martabat dan dayasaing di arena antarabangsa.
Sambil menyokong pandangan tersebut, Shahrir berkata, mereka yang berfikiran feudalistik, enggan mengakui kesilapan sendiri dan lebih cenderung menyalahkannya orang lain.
"Ini berlaku, terutama di kalangan orang Melayu," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berikrar untuk memperkukuhkan lagi integriti dan memerangi rasuah apabila beliau mengambi alih jawatan perdana menteri pada November 2003.
Kerajaan juga telah melancarkan Pelan Integriti Negara dan menubuhkan Institut Integriti Malaysia, tetapi para pengkritik mendakwa, tiada perubahan yang nyata dapat dilihat sehingga ini. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.