Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
S'wak henti keluar lesen baru ladang sawit, balak

Kerajaan Sarawak akan menghentikan pengeluaran lesen pembalakan baharu dalam usaha mengawal penerokaan hutan yang pada masa ini merangkumi kawasan yang agak luas, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata hutan yang telah dibalak sukar untuk dipulihkan semula.

“Lebih buruk lagi kilang-kilang papan lapis yang beroperasi jauh di dalam hutan yang menggondolkan hutan dengan mengambil semua jenis tumbuhan, seolah-olah membersihkan hutan untuk penanaman kelapa sawit.

“Sehubungan itu, tiada lagi lesen baharu untuk perladangan kelapa sawit kecuali bagi tanah hak adat bumiputera,” katanya semasa menggulung pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak, di Kuching hari ini.

Abang Johari berkata kerajaan negeri akan terus berusaha mengekang kegiatan pembalakan haram.

“Mereka bukan sahaja mencuri balak di kawasan yang tidak dilesenkan kepada mereka tetapi juga menceroboh kawasan hutan simpan.

“Jika dibiarkan, kita mungkin akan kehilangan hutan simpan, sama ada yang dilindungi sepenuhnya ataupun tidak,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS