Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K'jaan kaji teruskan atau bubar IKSIM
Diterbitkan:  Jul 19, 2018 3:09 PM
Dikemaskini: 7:14 AM

Kerajaan sedang mengkaji sama ada mengekal atau membubarkan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Dr Fuziah Salleh.

Beliau berkata kerajaan telah membekukan permohonan dana institut itu sehingga kajian mengenainya selesai dilaksanakan.

“Sejak kemasukan kami di JPM, (wakil) IKSIM tak pernah menunjukkan wajah mereka. Kita memang sedang mengkaji semula dan kita tahu ia ditubuh bawah syarikat swasta namun kita sedang kaji dengan teliti (penubuhannya).

“Malah permohonan mereka untuk jumlah dana dibekukan, kita tidak luluskan sehingga kita bersihkan dan menilai semula sama ada kita ingin tukar (ahli) lembaga, teruskan atau bubar,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat) yang ingin tahu pendirian kerajaan terhadap IKSIM yang didakwanya tidak bebas daripada pengaruh politik kepartian.

Menjawab soalan asal Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) berhubung tuntutan pembubaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Fuziah berkata kerajaan tidak akan menghapuskan institusi itu sebaliknya menambah baik serta memperkasakannya. 

- Bernama

 

Lihat Komen
ADS