Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
ADUN Balakong maut kemalangan
Diterbitkan:  Jul 20, 2018 1:50 AM
Dikemaskini: 6:14 PM

Seorang wakil rakyat Pakatan Harapan meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuh Raya Cheras - Kajang sebentar tadi.

Ng Tien Chee yang terpilih menjadi anggota dewan undangan negeri untuk kawasan Balakong dikatakan terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan.

Menurut Utusan Online kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi di kilometer 12 lebuh raya tersebut.

Ng dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kajang.

Menurut sumber mangsa memandu kereta Nissan X-Trail apabila melanggar belakang sebuah lori di lebuh raya kendalian syarikat Grand Saga Sdn Bhd itu.

Ng dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada pilihan raya umum ke-14 lalu Ng mengalahkan dua pencabar masing-masing dari BN, Lim Chin Wah, dan Mohamad Ibrahim Ghazali, dengan kelebihan 35,538 undi.

Ng memperoleh 41,768 undi berbanding Lim (5,875 undi) dan Mohamad Ibrahim (6,230).

Lihat Komen
ADS