Sebuah laporan polis dibuat susulan dakwaan ugutan bunuh melalui media sosial terhadap Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Keranji Chong Zemin yang membuat laporan itu di ibu pejabat polis Ipoh pagi ini mendakwa seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai 'Jing Hong' membuat ugutan berkenaan.

Menurut Chong, individu berkenaan memuat naik gambar yang memaparkan Nga, Liew dan gambar sepucuk pistol yang disertai keterangan: "Kedua-dua kamu dari Pakatan Harapan buat saya marah, kamu dua-dua tunggu, saya akan bunuh kamu, kamu akan temankan Teoh Beng Hock."

Teoh yang dinamakan dalam keterangan itu merujuk mendiang bekas pembantu politik ADUN Seri Kembangan yang ditemui mati selepas jatuh dari tingkat sembilan bangunan ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam pada 2009 ketika dalam tahanan untuk soal siasat.

"Saya menggesa polis segera menyiasat identiti sebenar pengguna Facebook ini.

"Kiriman Facebook ini merupakan sejenis jenayah ugut dan melanggar Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum sehingga tujuh tahun di penjara, denda atau kedua-duanya sekali (jika didapati bersalah)," kata Chong dalam kenyataan media hari ini."

Chong juga menggesa rakyat Suruhanjya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat dan membatu mengenal pasti pengguna Facebook berkenaan sambil menambah bahawa dia akan membuat laporan berasingan kepada SKMM.

"Saya menggesa pengguna media sosial bersikap rasional ketika membuat kiriman di Facbook dan tidak melanggar undang-undang," katanya.

[Baca berita asal]