Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Calon PKR yakin dapat patahkan dakwaan 'antiraja'

PRK SG KANDIS | Calon HARAPAN Mohd Zawawi Ahmad Mughni yakin dapat melawan kempen BN yang dijangka menggunakan dakwaan HARAPAN mahu memansuhkan kuasa Raja-raja Melayu sebagai 'peluru' dalam PRK itu.

"Saya yakin kita ada pendekatan tersendiri untuk menjelaskan isu ini.

"Ia memang sangat sensitif kepada orang Melayu," kata Zawawi ketika ditemui pemberita selepas penamaan calon di Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19 Shah Alam, hari ini.

Menegaskan kedudukan Raja-raja Melayu dijamin dalam perlembagaan, Zawawi berkata pengundi Melayu tidak akan termakan dengan kempen itu jika pihaknya dapat memberikan penjelasan berhubung keadaan semasa.

Sungai Kandis adalah DUN majoriti Melayu, dengan golongan itu merangkumi 72 peratus daripada 50,800 pengundi berdaftar pada PRU lalu.

Awal minggu ini, calon BN Datuk Lokman Noor Adam mengetuai himpunan berhampiran Bukit Aman ketika Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V merasmikan sidang pertama Parlimen penggal ini.

Himpunan itu untuk menyuarakan kesetiaan kepada Agong susulan apa yang dikatakan sebagai serangan kepada institusi itu.

Beliau juga memberitahu Malaysiakini bahawa pengundi Sungai Kandis perlu mengundinya jika tidak mahu melihat hak orang Melayu, Islam dan Raja-raja Melayu terus terhakis.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS