Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'PAS dan Umno tak boleh bersama, lebih sesuai saling mengimbangi'

Umno dan PAS tidak boleh bergabung kerana kedua-dua parti itu merupakan parti besar Melayu, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marsuki.

Justeru, kata Zuhdi yang juga merupakan anggota jawatankuasa PAS Pusat, partinya dan Umno lebih sesuai untuk saling mengimbangi.

"PAS dan Umno adalah dua parti besar Melayu. Oleh sebab itu saya nampak PAS dan Umno tak boleh bersama. PAS dan Umno membentuk hampir 75 peratus sokongan orang-orang Melayu.

"Oleh sebab itu saya nampak PAS dan Umno tak boleh bersama (dalam satu gabungan)," katanya dalam forum anjuran NGO Ikram di Shah Alam, Selangor, semalam.

Zuhdi berkata demikian sebagai menjawab salah seorang hadirin yang mempersoalkan sama ada PAS mempertimbangkan untuk bergabung dengan Umno susulan Pakatan Harapan (HARAPAN) didakwa gagal melindungi hak orang Melayu dan Islam.

Tambahnya, PAS dan Umno juga tidak boleh bersama agar kedua-dua pihak dapat saling tegur-menegur.

"Sekarang PAS jadi kerajaan di Kelantan, Terengganu. Alhamdulillah ada pembangkang Umno (sebagai pembangkang), kita boleh ditegur dengan cara baik.

"Umno jadi kerajaan di Pahang dan Perlis, kita (PAS) jadi pembangkang," katanya.

Panelis lain forum berkenaan adalah agggota dewan undangan negeri DAP dan pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, penasihat umum Parti Amanah Negara (AMANAH) Ahmad Awang dan Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS