Kheng Yaik mahu skim beli komputer KWSP dilaksana semula
Terjemahan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik akan meminta kerajaan supaya menimbang untuk melaksanakan semula skim memberi komputer dengan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Terjemahan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik akan meminta kerajaan supaya menimbang untuk melaksanakan semula skim memberi komputer dengan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Katanya, lebih ramai rakyat Malaysia mesti digalakkan supaya memanfaatkan penggunaan komputer dan skim tersebut boleh membantu kerajaan mencapai matlamat tersebut.
Dr Lim memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan simposium antarabangsa multimedia mengenai teknologi maklumat dan komunikasi 2005 di Petaling Jaya hari ini.
Walaupun mengakui memang berlaku penyelewengan dalam pelaksanaan skim tersebut, beliau percaya ada cara yang berkesan untuk menanganinya supaya skim itu dapat dilaksanakan semula.
Pada 2002, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang merupakan Timbalan Perdana Menteri ketika itu mengumumkan pemberhentian pelaksanaan skim tersebut kerana 66 peratus pencarum yang membeli komputer melaluinya, menjualkannya semula.
Insentif dari kerajaan
Bagaimanapun, Lim berkata, komputer sahaja tidak cukup untuk menggalakkan rakyat untuk merebut peluang dari perkhidmatan e-perdagangan dan maklumat daripada Internet, tetapi soal penyambungan dan kandungan tempatan juga sama pentingnya.
Sebagai contohnya, katanya, para petani di kawasan luar bandar tidak dapat menggunakan komputer untuk melayari internet dan mengikuti perkembangan semasa harga dan pasaran barangan mereka, sepertimana di Jepun.
"Selain daripada infrastruktur dan penyambungan (akses internet melalui broadband), terdapat juga kekurangan kandungan tempatan," kata Lim, sambil menambah, rakyat Malaysia akan memberi sambutan menggalakkan jika perkhidmatan itu mencerminkan lebih banyak kebudayaan dan dalam bahasa tempatan.
Beliau juga menegaskan perlunya ada suatu bentuk insentif daripada kerajaan untuk menarik syarikat komunikasi dan televisyen untuk menyediakan kandungan tempat, kerana kebanyakannya kini sedang agresif mendapatkan kandungan dari sebarang laut. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.