Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rosmah mohon batalkan saman firma berlian Lubnan

Datin Seri Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pernyataan pembelaannya berkata beliau akan memohon untuk membatalkan saman RM60 juta yang difailkan oleh firma pemborong barang kemas Lubnan, Global Royalty Trading Sal berhubung 44 unit barangan kemas yang didakwa telah dirampas oleh pihak berkuasa.

Dalam pembelaan yang difailkan oleh Geethan Ram, salah seorang peguam Rosmah, beliau berkata saman yang difailkan oleh Global Royalty jelas tidak sah, remeh dan menyusahkan serta penyalahgunaan proses mahkamah.

"Pendirian syarikat itu bahawa anak guaman kami bertanggungjawab untuk menanggung segala kerugian wang mereka yang jumlah RM59.831 juta adalah salah dan tanpa sebarang asas undang-undang.

"Saman yang difailkan oleh Global Royalty bercanggah dengan peruntukan Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Aktiviti Keganasan 2001,” katanya.

Global Royalty memfailkan saman tersebut pada 26 Jun untuk mendapatkan kembali 44 unit barangan barang kemas yang dihantar pada bulan Februari tahun ini.

Rosmah mengekalkan bahawa beliau tidak pernah membeli mana-mana barangan kemas yang menjadi perkara utama dalam saman berkenaan.

"Justeru, hak milik sah berhubung dengan barangan kemas itu tidak pernah dipindahkan kepada pelanggan kami," katanya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS