PARLIMEN | Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata kerajaan akan berbincang dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk membolehkan anggota parlimen (MP) pembangkang mengetuai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming berkata isu itu akan dibincangkan dalam mesyuarat mingguan dengan menteri kabinet pada Khamis ini.

"Kami akan mengumumkan keputusan mengenainya - jika ada - pada masa yang sesuai," katanya kepada media di parlimen hari ini.

Melantik MP daripada kalangan pembangkang mengetuai PAC menjadi satu daripada ikrar Pakatan Harapan (HARAPAN) menjelang PRU ke-14 Mei lalu.

Ia dimasukkan dalam salah satu manifesto HARAPAN untuk menunjukkan kesungguhan mereka membentuk kerajaan yang telus dan berwibawa.

PAC ialah badan untuk menyemak serta memantau urusan kewangan negara supaya ditadbir dengan baik.

Sebelum PRU ke-14 sebahagian anggota PAC diisi oleh MP pembangkang namun kedudukan pengerusi kekal dimiliki wakil BN.

Kata Nga HARAPAN serius untuk memenuhi janji yang diikrarkan dalam isu jawatan pengerusi PAC.

"Sebab itu kami mengadakan mesyuarat. Jika tidak, kami tidak akan memanggil mesyuarat berhubung isu berkenaan," katanya.

[Baca berita penuh]