Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kami sedang mesyuarat, bukan makan, kata Ngeh
Diterbitkan:  Jul 24, 2018 6:12 PM
Dikemaskini: 10:14 AM

Seorang ahli parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) menjelaskan bahawa mereka sedang bermesyuarat, hingga menyaksikan sidang Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan kuorum petang tadi.

"Kami bukan makan tengah hari," kata Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham kepada Malaysiakini.

"Kami tetap bekerja ketika waktu rehat makan tengah hari, kami sedang bermesyuarat (di salah satu bilik jawatankuasa) untuk membincangkan pelbagai perkara.

"Apabila loceng dibunyikan, kami bergegas ke dewan sedangkan mesyuarat sebenarnya masih belum selesai," katanya.

Ngeh juga menjelaskan bahawa ada kalanya wakil rayat tidak hadir semasa sidang kerana menghadiri urusan lain.

Beliau berkata ahli parlimen tidak mampu sekadar “duduk” di Dewan Rakyat sedangkan belum tiba giliran mereka untuk berbahas.

"Hanya kerana kami tidak berada di dalam dewan tidak bermakna kami tidak hadir di Parlimen. Kami mungkin berjumpa dengan pegawai atau orang ramai yang memohon bantuan kami.

"Kami perlu memaksimumkan masa. Kami tidak boleh sekadar duduk di dalam dewan sepanjang hari," katanya.

Pemimpin DAP itu berkata wakil rakyat juga sering-kali terpaksa bergegas pulang ke kawasan pilihan raya mereka untuk menangani isu pengundi mereka.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan sidang sesi petang tadi terpaksa ditangguhkan selama lima minit apabila korum minimum 26 anggota parlimen gagal dicapai selepas waktu rehat dan makan tengah hari selama 90 minit.

Lihat Komen
ADS