Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rais: Potong elaun, siarkan nama MP malas hadir
Diterbitkan:  Jul 24, 2018 6:42 PM
Dikemaskini: 11:12 AM

Bekas menteri Tan Sri Rais Yatim mencadangkan agar elaun bulanan Ahli Parlimen dikurangkan sekiranya kuorum sidang Dewan Rakyat tidak mencukupi.

“Cara terbaik mengatasi masalah Dewan Rakyat yang tak cukup korum ialah potong elaun bulanan ahli mengikut kadar arahan JK Pilihan Dewan.

“Kedua, siarkan nama-nama anggota yang malas hadir dalam akhbar atau media sosial,” katanya dalam satu tweet petang ini.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan sidang sesi petang tadi terpaksa ditangguhkan selama lima minit apabila korum minimum 26 anggota parlimen gagal dicapai selepas waktu rehat dan makan tengah hari selama 90 minit.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS