GLOBAL | Salah seorang pengasas Femen, iaitu kumpulan feminis Ukrain, Oksana Shachko, ditemui mati di apartmentnya di Paris, Perancis semalam ini.

Perkara itu dimaklumkan melalui website kumpulan itu.

"RIP. Oksana Shachko yang berani telah meninggalkan kita. Kita meratapi bersama keluarga dan rakan-rakannya dan menunggu kenyataan rasmi dari polis. Ketika ini, diketahui bahawa semalam, 23 Julai, mayat Oksana ditemui di apartmentnya di Paris," kata kenyataan di website Femen.

Sejak diasaskan di Kiev pada 2008, gerakan Femen dikenali di Eropah atas penentangan mereka - yang selalunya melibatkan aksi separuh bogel - terhadap perkauman, pelancongan seks dan homofobia.

- Reuters