Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mokhtar Senik: Hayat HARAPAN tak lama, banyak penyakit
Diterbitkan:  Jul 26, 2018 5:34 PM
Dikemaskini: 10:23 AM

Pemimpin kanan PAS Mokhtar Senik merasakan jangka hayat pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) akan lebih singkat daripada pemerintahan BN.

"Duk berasa jangka hayat kerajaan Pakatan Harapan ni lebih singkat dari jangka hayat BN. Kalau anda berpandangan sebaliknya terpulang lah," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada suatu hantaran Facebook hari ini.

Beliau juga berkata hal ini kerana HARAPAN menghidap penyakit "kerap kencing."

"Saya kata begitu kerana HARAPAN ni banyak sangat penyakit.

"Melebihi penyakit yang pernah dihidap oleh Umno/BN. Penyakit nombor satu HARAPAN ialah kerap kencing," kata Ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu.

Kenyataan pedas pada Dr M, Guan Eng

Mokhtar sering mengeluarkan kenyataan pedas sebelum ini dan dipercayai kenyataan beliau hari ini ada kaitan dengan kempen pilihan raya kecil Sungai Kandis.

Ulama PAS itu pernah mengulas tindakan pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad menziarahi pusara allahyarham Datuk Fadzil Noor dan cuba mengunjungi pusara allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika kempen PRU14.

"Ziarahlah Tun, sambil-sambil tu buatlah muka sedih. Pasti makin ramai yang akan panggil Tun dengan gelaran ayahanda dan bonda.

"Ziarah laa.. Tun akan dilihat benar-benar bertaubat dan insaf. Dan lebih insaf lagi kalau Tun ziarah kubur sendiri yang sedang menanti," katanya melalui kenyataan terbuka di Facebook.

Mokhtar pernah berkata setiap kali Lim Guan Eng mengecam Kelantan maka 'bala' hadir di Pulau Pinang, ketika banjir besar melanda negeri itu pada November tahun lalu.

Lihat Komen
ADS