Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
7 pemimpin India dijangka rebut naib presiden PKR

Ramai pihak dijangka bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan PKR bulan depan, dengan tujuh daripadanya melibatkan pemimpin berbangsa India.

Menurut sumber, pihak dijangka bertanding ialah Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar yang juga penyandang (dilantik), timbalan menteri kemajuan luar bandar R Sivarasa dan exco Kedah Dr R Summugam.

Anggota Parlimen Sungai Siput S Kesavan, bekas ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Micheal Tamil, bekas calon PKR dalam pilihan raya umum ke-13 Prof Datuk Dr G Balasubramaniam dan ahli biasa Datuk K Ramachandran.

Menurut sumber, Kesavan akan berganding dalam pasukan calon timbalan presiden Rafiz Ramli, yang bakal bertembung dengan pasukan menteri ekonomi Datuk Seri Azmin Ali.

"Manakala, salah seorang daripada Xavier atau Sivarasa akan menjadi gandingan Azmin.

“Namun, kami percaya kedua-dua tetap bertanding sekiranya tidak dipilih oleh Azmin," kata sumber itu yang mendedahkan namanya.

Proses pencalonan pemilihan naib presiden PKR bermula hari ini sehingga 29 Julai.

Lihat Komen
ADS