Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
ADUN DAP mohon maaf kritik Maszlee
Diterbitkan:  Jul 29, 2018 8:34 PM
Dikemaskini: 12:38 PM

Wakil rakyat DAP, ADUN Bercham Ong Boon Piow memohon maaf kerana mengatakan kedudukan Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan perlu dinilai semula.

Ong memaklumkan beliau dalam suatu kenyataan mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menilai semula kedudukan Maszlee.

"... dalam isi kandungan kenyataan berbahasa Cina tersebut ada menyebut bahawa Perdana Menteri Malaysia perlu menilai semula jawatan Menteri Pendidikan Dr Maszlee...

"Di sini saya secara terbuka untuk meminta maaf atas petikan ini," katanya pada hantaran di laman Facebook pusat khidmatnya.

Ong mengkritik Maszlee selepas menteri itu berkata dalam jawapan bertulis parlimen bahawa tiada peruntukan untuk sekolah tinggi persendirian Cina.

Kemudian, Maszlee menjelaskan sekolah berkenaan tidak boleh menerima peruntukan melalui perbelanjaan operasi negara kerana ia bukan sekolah kerajaan tetapi boleh mendapat peruntukan melalui bantuan khas yang disediakan bagi belanja pembangunan.

Selain daripada isu bantuan dana, Maszlee juga menerima tekanan untuk kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang digunakan sekolah tinggi persendirian Cina.

Pengiktirafan UEC merupakan sebagaian manifesto Pakatan Harapan dan Barisan Nasional ketika PRU14.

Bagaimanapun kini, pihak pembangkang, khususnya Umno dan PAS bertegas untuk tidak memberikan sekolah berkenaan sebarang konsesi.

Lihat Komen
ADS