Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 3 September depan bagi mendengar keputusan perbicaraan bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan perwakilan ahli perniagaan Phang Li Koon kepada Pejabat Peguam Negara untuk menarik semula dakwaan rasuah terhadap mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hadharian Syed Ismail berkata  pada 3 September itu mahkamah perlu mendengar keputusan "akhir" Lim dan perwakilan Phang kepada Peguam Negara Tommy Thomas.

"Memandangkan peguam negara memerlukan satu bulan untuk meneliti kes itu, kita menetapkan 3 September sebagai tarikh akhir untuk mendengar keputusan perwakilan.

"Pasukan pendakwaan sila ambil perhatian bahawa 3 September merupakan tarikh akhir,"
kata Hadhariah di George Town hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Rashid Daud mengambil maklum kenyataan hakim itu.

Peguam Lim, Ramkarpal Singh memberitahu mahkamah pembelaan sudah mengemukakan perwakilan kepada peguam negara pada 6 Julai.

"Kami dimaklumkan bahawa peguam negara memerlukan masa untuk mengkaji kes berkenaan. Sebulan diperlukan.

"Selepas perbincangan dengan semua pihak, kami mahu memohon agar kes berkenaan ditangguhkan ke 3 September," kata Ramkarpal yang juga merupakan anggota parlimen Bukit Gelugor.

Lim, yang juga merupakan menteri kewangan, tidak hadir di mahkamah hari ini. Phang yang hadir diwakili peguam V Sithambaran.

21 Mei lalu, kes Lim dan Phang ditangguhkan selepas pasukan pembelaan memohon diberikan masa untuk meminta penelitian peguam negara kerana bekas peguam negara Tan Sri Mohd Apandi Ali menamatkan khidmat pada Julai.

Pada 30 Jun 2016, Lim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah berkaitan penukaran status tanah daripada pertanian kepada tempat kediaman dan pembelian satu lot tanah serta banglo pada harga bawah nilai pasaran.

[Baca berita penuh]