Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K'jaan HARAPAN bentang RUU mansuhkan GST
Diterbitkan:  Jul 31, 2018 12:52 PM
Dikemaskini: 7:24 AM

PARLIMEN l Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 hari ini dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada sidang Dewan Rakyat.

Berikutan langkah kerajaan HARAPAN untuk menetapkan kadar GST pada sifar peratus, pengguna sejak Jun lalu tidak dikenakan sebarang cukai. Walau bagaimanapun, vendor masih dikehendaki mematuhi dokumentasi GST.

Rang undang-undang pemansuhan hari ini bertujuan untuk menamatkan rejim GST sepenuhnya.Pembentangn RUU itu dilakukan oleh timbalan menteri kementerian kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah yang bertujuan memansuhkan akta cukai berkenaan.

Turut dibentangkan hari ini adalah undang-undang baru untuk menggantikan GST dengan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Ia adalah RUU Cukai Jualan 2018; RUU Cukai Perkhidmatan 2018; RUU Kastam (Pindaan) 2018 dan RUU Zon Bebas (Pindaan) 2018 bagi membolehkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Ini adalah sama dengan Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975, yang dimansuhkan pada tahun 2014 apabila GST diperkenalkan.

Melalui RUU Cukai Jualan, ia memperuntukkan cukai dikenakan dan dilevikan ke atas mana-mana barang bercukai yang dikilangkan di Malaysia dan dijual, digunakan atau dilupuskan oleh pengilang berdaftar, atau barang bercukai yang diimport ke dalam Malaysia oleh mana-mana orang.

Sementara, RUU Cukai Perkhidmatan yang memperuntukkan bagi mengenakan, melevikan dan memungut cukai perkhidmatan bagi perkara yang berkaitan dengannya.

Menerusi kedua-dua RUU berkenaan, ia menetapkan menteri boleh menetapkan kadar cukai yang hendak dikenakan dan dilevikan serta mengubah atau meminda kadar cukai berkenaan, melalui perintah yang disiarkan dalam warta.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS