PM: Jangan diskriminasi masyarakat asal pengganas
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta masyarakat dunia supaya janganlah merenggangkan, mengasingkan atau mengdiskriminasi masyarakat asal pengganas.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta masyarakat dunia supaya janganlah merenggangkan, mengasingkan atau mengdiskriminasi masyarakat asal pengganas.
Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, pengganas mestilah dilihat dan dikaji sebagai kumpulan itu sendiri dan apa yang hendak mereka lakukan dan jika masyarakat dunia memahami ini, barulah kelompok itu boleh ditangani.
"Tidak ada satu formula pun yang sesuai untuk membanteras pengganas memandangkan terdapat banyak kemungkinan," katanya memberitahu wartawan di Valletta (Malta) semalam.
Beliau diminta mengulas isu pengganas yang merupakan salah satu daripada 103 perkara dalam kenyataan akhir Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) selama tiga hari yang berakhir semalam.
Ketua-ketua kerajaan Komanwel juga mengeluarkan kenyataan berasingan mengenai Kenyataan Gozo mengenai negara-negara kecil yang terdedah kepada bahaya dan rangkaian Komanwel untuk Pembangunan.
Menurut Bernama, Ketua-ketua kerajaan itu juga mengeluarkan satu lagi kenyataan berasingan semalam mengenai Kenyataan Valletta berkaitan Perdagangan Pelbagaihala.
Abdullah berkata, menonjolkan pegganas itu dengan sesetengah masyarakat, samalah seperti memberikan sokongan kepada mereka.
"Fahami sebabnya'
Katanya, beliau berpuashati isu itu dimasukkan dalam deklarasi berkenaan dan Malaysia telah menekankaan pentingnya memahami keadaan yang membawa mereka melakukannya dan memaksa dirinya terlibat dalam kegiatan pengganas.
"Ini semua dianggap sebagai punca kenapa mereka terpaksa melibatkan diri dalam kegiatan pengganas yang sentiasa dinyatakan oleh Malaysia.
"Berdasarkan kepada pengalaman kita, adalah penting kita mesti mengetahui sebab-sebab dan keadaan yang memaksa mereka melakukan demikian," kata Perdana Menteri.
Pada keseluruhannya, katanya, beliau berpuashati bahawa format baru CHOGM telah memberikan masa yang cukup untuk semua ketua kerajaan melahirkan pandangan mereka secara terbuka.
Beliau juga berpuashati dengan persiapan yang dibuat oleh kerajaan Malta bagi memastikan CHOGM berlangsung dengan jayanya.
Turut hadir ialah Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Duta Malaysia ke Libya yang juga ditauliahkan sebagai Pesuruhjaya Tinggi ke Malta, Datuk Zulkifli Yaacob.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.