mk-logo
Berita
Najib pertahan bonus RM5 juta pada Arul Kanda
Diterbitkan:  Aug 1, 2018 6:13 AM
Dikemaskini: Aug 2, 2018 5:21 AM

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan bonus RM5 juta (ex-gratia) yang diberikan kepada ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Langkah itu dibuat selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam mendedahkan Najib merestui bayaran itu ketika menjadi menjawat jawatannya dan menjadi perdana menteri.

Ditanya di lobi parlimen hari ini, Najib berkata Arul dibayar lebih tinggi sebelum beliau menyertai syarikat pelaburan negara itu.

“Kerana dia dapat lebih banyak ketika bekerja dengan bank di Emeriah Arab Bersatu (UAE). Jadi dia rela terima gaji yang jauh lebih rendah bila sertai 1MDB.

“Jadi kamu mesti lihat dalam konteks sama ada apa yang dibayar padanya lebih kecil daripada apa yang dia dapat sebelum masuk 1MDB,” katanya.

Najib berkata Arul sudah menyelesaikan kerjanya menguruskan hutang syarikat itu.

“Beliau berjaya mengurangkan hutang dari RM50 bilion kepada RM30 juta,” katanya.

Menurut Lim, Arul dibayar RM2.5 juta pada Januari dan RM2.5 juta lagi pada Jun.

Di era BN, Arul telah menjelajah ke seluruh pelosok negara bagi menangkis dakwaan-dakwaan terhadap syarikat itu sebelum ini.

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS), percaya sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion wang 1MDB telah disalah guna.

Ia didakwa dicuci melalui sistem kewangan AS dan memberi manfaat kepada Malaysian Official 1 (MO1), pegawai-pegawai 1MDB serta anggota keluarga dan kenalan mereka.

Pemimpin Umno Datuk Rahman Dahlah mengesahkan MO1 ialah Najib. Najib telah menafikan dakwaan salah laku atau menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini