Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Henti langgan Utusan: Baca online-lah, kata menteri

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata beliau tidak mempunyai maklumat berkaitan arahan kementeriannya agar sekolah, universiti, kolej dan institusi lain di bawah bidang kuasanya untuk berhenti melanggan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Maszlee berkata beliau perlu memeriksa berkaitan memo yang dikeluarkan oleh penasihat khasnya, Wan Saiful Wan Jan berhubung perkara itu.

"Saya kena tanya Wan Saiful Wan Jan dulu sebab sekarang kita dalam langkah berjimat-cermat. Apa saja langkah yang boleh jimatkan duit pembayar cukai kita akan sokong.

"Surat khabar pun boleh baca online," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Maszlee turut mengelak untuk menjawab apabila ditanya mengenai sama ada akhbar lain turut mengalami nasib yang sama.

Maszlee berkata demikian ketika ditanya berkaitan memo yang dikeluarkan Wan Saiful berhubung pemberhentian langganan Utusan kepada sekolah universiti, kolej dan institusi lain di bawah bidang kementerian pendidikan.

Memo bertarikh 18 Julai itu ditujukan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Mohd Ghazali Abas.

Lihat Komen
ADS