Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Parlimen tarik balik larangan bincang isu 1MDB, RM2.6b

PARLIMEN | Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hari ini menarik balik perintah larangan dua tahun lalu yang menghalang anggota parlimen daripada membincangkan isu berkaitan skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Ariff membuat keputusan itu berdasarkan suatu keputusan kes sivil di mahkamah yang menolak permohonan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai derma RM2.6 bilion.

Bagaimanapun, Ariff mengenakan larangan kepada anggota parlimen daripada membincangkan hal-hal berkaitan pendakwaan jenayah terhadap Najib bersesuaian dengan perintah larangan memberi ulasan (gag order) yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi pada 4 Julai lalu.

"Saya telah teliti dan putuskan ia terlibat dengan kes jenayah di mahkamah Malaysia, oleh demikian tidak dibenarkan ia dibincang, dibahas dan disebut di dewan sebagaimana sekatan gag order tersebut.

"Ini adalah bertujuan untuk hormati bidang kuasa mahkamah dan prinsip pemisahan kuasa," kata Ariff.

Beliau membuat keputusan itu selepas Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) memohon penjelasan speaker dewan rakyat pada 25 Julai, jika larangan membincangkan 1MDB dan skandal derma yang dikenakan bekas speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, masih berkuatkuasa.

Pada bulan Mac 2016, Pandikar mengeluarkan perintah melarang Dewan Rakyat berbincang mengenai 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Ini menyebabkan Dewan Rakyat mendapat kritikan kerana dianggap membisukan anggota parlimen daripada menimbulkan isu-isu kepentingan awam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS