Proton dijangka rugi lagi dalam suku tahun kedua
Terjemahan Proton dijangka mengalami kerugian yang lebih besar bagi tempoh tiga bulan suku tahun kedua sehingga September lalu, berikutan kerugian yang dialami anak syarikatnya di Itali, MV Augusta, kata akhbar New Straits Times hari ini.
Terjemahan Proton dijangka mengalami kerugian yang lebih besar bagi tempoh tiga bulan suku tahun kedua sehingga September lalu, berikutan kerugian yang dialami anak syarikatnya di Itali, MV Augusta, kata akhbar New Straits Times hari ini.
Akhbar tersebut memetik sumber industri sebagai berkata, kerugian Proton bagi suku tahun kedua itu boleh mencecah RM700 juta.
Sumber tersebut berkata, nampaknya kerugian yang dialami oleh MV Augusta turut menjejaskan situati kewangan Proton. MV Agusta adalah sebuah syarikat pengeluar motosikal.
Hutang MV Agusta kepada pihak bank dan para pembekal, menjadikannya sebuah usahasama yang cukup mahal dan Proton kini terpaksa menanggung akibatnya daripada pelaburan di seberang laut itu, kata sumber tersebut sambil menambah anak syarikat tersebut yang dibeli Oktober lalu, mungkin terpaksa dijual.
Proton sebelum ini telah mengumumka kerugian bersih RM12.35 juta bagi suku tahun pertama sehingga Jun, berbanding keuntungan RM166.47 juta tahun sebelumnya.
Hasil bagi suku tahun kedua Proton dijangka diumumkan minggu itu. Ia kini sedang mengadakan rundingan untuk syarikat Volkswagen dari Jerman
Imej buruk
Proton dipercayai sudang berusaha untuk mengadakan usahasama itu untuk menyekat kemerosotan penguasaan pasarannya serta bagi menangani imej kenderaan buatannya yang dianggap berkualiti rendah dan harga yang tinggi.
Para penganalisa berkata, Proton, yang kini sedang berusaha untuk menangani persaingan hebat dari kereta import, perlu melakukan rombakan dan mewujukan kerjasama dengan rakan kongsa asing bagi terus kekal dalam industri automotif negara.
Bagaimanapun, Proton berkata, pihaknya bersedia menimbang pelbagai peluang perniagaan dan kerjasama teknikal, termasuk dengan Volkswagen, tetapi sehingga ini belum ada sebarang keputusan dibuat mengenainya. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.