Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bebaskan MBM dari belitan parti politik, gesa Pemuda AMANAH
Diterbitkan:  Aug 3, 2018 4:48 PM
Dikemaskini: 8:57 AM

Naib ketua pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin menggesa Majlis Belia Malaysia (MBM) supaya bebas daripada belitan parti politik dengan sikap tidak berpihak.

"Penghormatan yang diraih gabungan ini tidak lain adalah (kerana) sikap tidak berpihak yang dimiliki selain bebas daripada tunggangan mana-mana parti politik," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Shazni berkata bukanlah rahsia MBM dijadikan 'batu loncatan' kepada kepimpinan Umno.

"Kecenderungan MBM dijadikan tapak untuk naik sebagai pimpinan Pemuda Umno sebelum ini bukanlah suatu yang rahsia, malah terbukti apabila ramai pimpinan kanan MBM yang menawarkan diri bertanding dalam pemilihan Pemuda Umno yang lalu.

"Keadaan ini tidak patut berlaku dan jelas telah mengheret MBM ke ruang partisan," katanya.

Beliau juga mendakwa keadaan MBM menjadi semakin parah apabila Presiden MBM Mu'ammar Ghadafi Jamal berkempen secara terbuka untuk calon Umno dan BN pada PRU14 lalu.

"Presiden MBM secara terbuka telah berkempen untuk memenangkan calon Umno dan Barisan Nasional dalam PRU yang lepas.

"... kepimpinan MBM yang terlibat dalam kepimpinan Pemuda Umno di setiap peringkat perlu meletakkan jawatan secara terhormat, sekaligus membebaskan MBM daripada belitan dan kawalan parti politik," kata Shazni lagi.

Menjelang pilihan raya umum 9 Mei lalu, Mu'ammar dilaporkan berkata Majlis Belia Malaysia (MBM) menaruh harapan dan kepercayaan tinggi bahawa manifesto Barisan Nasional (BN) bersifat realitik serta mempunyai kebolehcapaian yang tinggi terutama dalam isu berkaitan belia.

Lihat Komen
ADS