Lebih 10,000 hadir mendengar ucapan Anwar di Pengkalan Pasir
Terjemahan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkempen untuk pertamakalinya selepas dibebaskan daripada penjara, untuk membantu calon parti PAS dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir.
Terjemahan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkempen untuk pertamakalinya selepas dibebaskan daripada penjara, untuk membantu calon parti PAS dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir.
Bercakap kepada kira-kira 10,000 hadirin, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berusia 58 tahun itu berikrar untuk terus berjuang membanteras rasuah dan ketidakcekapan dalam pentadbiran kerajaan.
PKR pimpinan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan PAS adalah anggota komponen "Barisan Alternatif" satu gabungan tidak formal parti pembangkang untuk berdepan dengan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh Umno yang menguasai kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri, kecuali Kelantan.
PAS akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir dalam pilihanraya kecil pada 6 Disember depan yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang membabitkan calon PAS, BN dan calon bebas.
Anwar juga menyentuh mengenai desas-desus terdapat usaha oleh pihak Umno untuk menghalangnya daripada datang berkempen ke Pengkalan Pasir.
Para penyokong PAS yang kebiasaannya melaung "Allahu Akbar", kali ini bertepuk tangan gemuruh sepanjang mengikuti ucapan Anwar.
Anwar mendapatkan sambutan seperti seorang 'selebriti' apabila beliau diserbu oleh para hadirin yang mahu bersalam dan melihatnya dari dekat, ketika beliau beredar dari majlis berkenaan.
Anwar yang pernah dianggapkan 'bintang bersinar' di Asia, dipecat dari kerajaan dan Umno pada 1998 atas dakwaan salahlaku seks. Beliau kemudiannya ditahan dan dibelasanh oleh ketua polis negara ketika itu kejadian 'mata lebam' yang menjadi perhatian seluruh dunia.
Barisan Alternatif
Anwar dilarang memegang sebarang jawatan politik sehingga tahun 2008 berikutan sabitan kesalahan salahguna kuasa terhadapnya, yang didakwa oleh timbalan perdana menteri itu, sengaja diadakan-adakan oleh bekas mentornya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, dalam satu wawancara, Anwar mengelak soalan sama ada beliau tidak akan kembali bersama Umno lagi.
Sebaliknya, kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu, beliau tiada bermasalah dengan ahli-ahli Umno amnya, kerana mereka masih rapat dengannya dan sering menemuinya walaupun ada gangguan daripada pihak polis serta serangan pihak media.
Dalam ucapannya, Anwar mengkritik kerajaan berhubung kontroversi korporat yang didakwanya mengakibatkan berlaku rasuah dan ketidakcekapan, termasuk kerugian besar yang dialami oleh syarikat-syarikat milik kerajaan seperti Penerbangan Malaysia, Proton dan Bank Islam.
Anwar memberitahu AFP bahaw isu-isu tersebut, di samping kekejaman polis dan ketidakadilan, akan menjadi tumpuan utama kempennya apabila beliau kembali aktif berpolitik.
Katanya, beliau akan menjelaskan mengapa sebelum ini beliau mempertahankan politik Umno dan menentang PAS dan mengapa situasi itu berubah yang menurutnya, pada asasnya adalah kerana amalan rasuah dan keruntuhan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN).
Hakikatnya, beliau mendakwa, amalan rasuah kini semakin teruk dan membimbangkan.
Oleh itu, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu mengkaji semula keseluruhan dasar pentadbirannya.
Katanya, selagi Abdullah terus mengekalkan para menteri dan pemimpin Umno yang korup dan pada masa yang sama bercakap tentang memerangi rasuah, lama-kelamaan beliau (Abdullah) akan menjadi 'bahan ketawa'. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.