Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Program FoodBank sasar golongan miskin di seluruh negara'

Program FoodBank yang merupakan satu program menyalurkan lebihan makanan kepada golongan miskin akan akan diadakan secara berskala besar di seluruh negara pada masa akan datang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata pada masa ini hanya Pulau Pinang menerusi Mutiara Foodbank melaksanakan program berkenaan dengan mengumpulkan makanan dari pasaraya Tesco di seluruh Pulau Pinang dan Kedah untuk diagihkan kepada kumpulan masyarakat yang kurang keupayaan.

"Ini merupakan satu program yang sangat besar impaknya kepada masyarakat. Justeru, kementerian berhasrat untuk melaksanakan program seumpama ini di peringkat nasional dengan berskala lebih besar,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat FoodBank di pasaraya Tesco Extra Sungai Dua di George Town hari ini.

Pada sesi itu beliau diterangkan mengenai setiap proses yang dikendalikan bermula daripada pasar raya Tesco sehingga makanan tersebut sampai kepada golongan yang memerlukannya.

“Dalam tempoh terdekat ini, kami bercadang untuk melaksanakan “pilot programme” di beberapa negeri dengan harapan pada tahun hadapan “role out” di seluruh negara dapat digerakkan.

Implikasi kewangan, lebihan makanan

"Saya difahamkan Kelantan dipilih sebagai negeri seterusnya. Negeri Sembilan juga mengumunmkan ia berminat untuk melaksanakan program yang sama. Waktu kami mulakan program berkenaan di negeri ini (Pulau Pinang), kami menerima sokongan daripada tujuh pasaraya Tesco sahaja. Jadi apabila program ini dilaksanakan pada skala besar, saya berharap akan mendapat penyertaan daripada pasaraya lain seperti Mydin, Giant dan Aeon," katanya.

Saifuddin berkata program seumpama itu tidak memberikan implikasi kewangan yang besar berikutan setiap pasaraya memiliki lebihan makanan dari sudut seksyen buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain.

“Jadi saya melihat bahawa ini antara program segera yang boleh kementerian gerakkan dan hasil perbincangan dengan peneraju pasaraya terbesar di Malaysia, idea ini menerima sambutan yang baik,” katanya.

Selain itu, Saifuddin berkata KPDNHEP turut berhasrat untuk mengembangkan program tersebut membabitkan dapur-dapur hotel yang mengandungi lebihan makanan yang belum disentuh.

- Bernama

Lihat Komen
ADS